Wednesday, April 29, 2009

Keta Kak Shimah


Abang sekarang sgt minat keta Along. Keta Along ialah keta wira lama Mama yg dah dimodified cantik... sesuai dgn jiwa org muda2. Abang sibuk suruh Ummi call tanya Along & Mama di mana nak beli keta tu, & berapa harganya...

Nilah keta Along yang Abang minat sgt tuh


Hari Ahad lps, Ummi balik awal hantaq Abang ngaji Iqra'. Selepas kelas Iqra' trus ke kelas tuisyen plak. Dalam perjalanan ke kelas tuisyen tu, Abang sembang dgn Ummi

"Ummi, nanti Abang besaq Ummi beli keta kat Abang tau. Abang nak keta yg laju, ada power mcm keta Kak Shimah...."

"Keta apa Kak Shimah tuh?"

"Keta Kak Shimah tu lah yg dlm TV tuh, yg warna blue mcm keta Along..."

"Ya la... Sapa Kak Shimah tuh?"

"Yang dlm TV tuh... yg warna dia biru macam keta Along jugak. laju... ada power... tak tau ka Ummi nie???" nada dah marah tuh!

kompius la Ummi Anak oiii, sapanya Kak Shimah tu. Ceriata apa depa tgk? Setau Ummi, Anak2 Ummi ni layan Cartoon Network ja. Setelah lama berfikir Ummi pun "ting!!' tringat sesuatu

"Abang, keta Kak Shimah tu yg dlm crita keta Impak Maksima ka??"

"ha.... tau pun. betoi la. Abang tak tau kata la Ummi...."

Adussssssssss...... keta Kak Shimah la plak...

Ha... kan dah kata!!!

Ha.. kan Ummi dah kata, Ummi ni agak2 rajin buat blog ja... paih tu malaih sggh nak update! ni yg ke berapa dah. harap2 jgn la.. dok berlapuk mcm blog2 lain yg Ummi dah bukak dan peramkan!

Sebenarnya hari ni Ummi hypertension. mana taknya dah seminggu try file in income tax Ummi masih tak berjaya. Line jam teruk. Adusss IRB, sila buat sesuatu... apa kata lanjutkan lagi tarikh akhir file in!!! Semlm Ummi terpaksa ke rmh Mama unt siapkan Mama & Ayah pya income tax. sampai ke tgh mlm masih jammed. Akhirnya Ummi ajarkan Along cara2 nak send in ke Income Tax. Alhamdulillah, Along berjaya jugak file in Mama & Ayah punya. Hari ni pagi2 lagi Ummi dah ke Ofis untuk siapkan Ummi & Mak Ang punya tapi... masih gagal. Nasib lah.....